Friday, September 23, 2011
MINAL AIDIL WAL FAIZIN
Salam Ukhuwah Siswa & Siswi sekalian...
Masih belum terlambat lagi untuk kami daripada BDMKIST mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN. Bersempena bulan yang mulia ini, kami ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat salah & silap kami serta sikap & akhlak yang kurang disenangi sepanjang kami bersama siswa & siswi sekalian dalam memartabatkan dakwah Islamiyyah di kolej kita yang tercinta ini. Kami juga memohon agar dihalalkan segala benda samada yang sengaja ataupun tidak sengaja mengambil benda yang sememangnya bukan hak kami. Semoga dengan kedatangan Bulan Syawal ini dapat mengeratkan jalinan ukhuwah sesama kita, wallahua'lam...
Saturday, August 20, 2011
MARHABAN YA RAMADHAN..!!!
Salam ukhuwah Siswa & Siswi sekalian...
Marilah kita tingkatkan keimanan & ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T sempena bulan ibadah yang penuh barakah ini, iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Rebutlah peluang untuk meraih rahmat & kasih sayang-Nya selagi masih diberi kesempatan dengan umur yang masih berbaki ini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu dan digantikan dengan hidayah serta ganjaran pahala berlipat kali ganda. Perkenankanlah permintaan hamba-hambamu yang lemah ini Ya Allah, Amin Ya Rabbal A'lamin......
SEMINAR ANDA BIJAK JAUHI ZINA (ABJZ) KIST
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Allah S.W.T di atas keberjayaan dan kecemerlangan program yang dianjurkan oleh Raudhatus Sakinah & Ikram Cawangan Bachok dengan kerjasama Badan Dakwah & Masjid KIST (BDMKIST) dan Majlis Perwakilan Pelajar KIST (MPPKIST) iaitu Seminar Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) bertempat di Masjid Ibnu Sina Kolej Islam Sains & Teknologi, Bachok, Kelantan. Seminar yang diadakan pada 27 Jun 2011 tersebut bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan siswa/I tentang bahaya zina terhadap agama, diri, keluarga, masyarakat dan negara, serta pendedahan tentang perkara-perkara yang selalu menjadi isu utama remaja, iaitu percintaan. Di samping itu juga, siswa/I juga berpeluang untuk membahaskan dan membincangkan mengenai gejala sosial yang melanda remaja kini melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK) semasa seminar tersebut.
Suasana sebelum seminar bermula
Seminar tersebut bermula sekitar jam 9.00 pagi dan dipengerusikan oleh Tn. Hj. Fauzi dengan didahului laungan zikir Asmaul Husna dan bacaan Al-Quran oleh saudara Ahmad Arshad B. Arham, Exco Keagamaan & Kerohanian MPPKIST merangkap pengerusi BDMKIST. Majlis dirasmikan oleh Puan Noraihan Bt. Che Ali, Ketua Pegawai Kewangan & Operasi KIST. Seterusnya, seminar diteruskan oleh Dr. Zaharah Sulaiman daripada Raudhatus Sakinah yang juga merupakan Unit Perkembangan Kesihatan Wanita USM. Seminar dijangka berakhir sekitar jam 1.00 petang.
En. Abd. Razak mengetuai laungan zikir Asmaul Husna
Bacaan Al-Quran oleh saudara Ahmad Arshad
Pn. Noraihan menyampaikan kata-kata aluan seterusnya merasmikan majlis
Tn. Hj.Fauzi mempengerusikan majlis
Ceramah seminar disampaikan oleh Dr. Zaharah Sulaiman dari Raudhatus Sakinah, Bachok
Panorama ABJZ KIST
Thursday, July 7, 2011
TAFAQQUH FIDDIN & TAHSINUL QURAN
Salam Ukhuwah Siswa & Siswi sekalian...
Badan Dakwah & Masjid KIST (BDMKIST) telah mengadakan kelas Tafaqquh Fiddin istimewa untuk siswa & siswi serta Tahsinul Quran khas untuk siswa sahaja setiap hari Sabtu di Masjid Ibnu Sina KIST, bermula selepas solat Maghrib. Majlis ilmu ini dikendalikan oleh penasihat BDMKIST, Yang Berbahagia Ustaz Abdul Azib B.Hussain. Kepada siswa & siswi yang ingin memenuhi keperluan rohani dengan menambahkan ilmu di dada, bolehlah bersama-sama memeriahkan majlis ilmu ini. Wallahua'lam....
Badan Dakwah & Masjid KIST (BDMKIST) telah mengadakan kelas Tafaqquh Fiddin istimewa untuk siswa & siswi serta Tahsinul Quran khas untuk siswa sahaja setiap hari Sabtu di Masjid Ibnu Sina KIST, bermula selepas solat Maghrib. Majlis ilmu ini dikendalikan oleh penasihat BDMKIST, Yang Berbahagia Ustaz Abdul Azib B.Hussain. Kepada siswa & siswi yang ingin memenuhi keperluan rohani dengan menambahkan ilmu di dada, bolehlah bersama-sama memeriahkan majlis ilmu ini. Wallahua'lam....
Subscribe to:
Posts (Atom)



