Facebook

Thursday, October 20, 2011

KURSUS PENYEMBELIHAN SYARAK 1432H

Salam Ukhuwah Siswa & Siswi Sekalian...

Alhamdulillah, dengan izin & rahmat daripada Allah S.W.T, sebuah program ilmiah anjuran Badan Dakwah & Masjid KIST (BDMKIST) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar KIST (MPPKIST) telah diadakan pada 28 Julai 2011 bertempat di Masjid Ibnu Sina Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) Bachok, bertemakan "HALALAN TOYYIBAN TANGGUNGJAWAB UMMAH". Diantara objektif program ini diadakan ialah:
·         Memupuk kesedaran dan sensitiviti umat Islam khususnya dikalangan mahasiswa/I tentang isu halal dan haram dalam makanan
·         Melatih mahasiswa/I teknik penyembelihan mengikut syarak secara amali
·         Mengeratkan ukhuwah dalam perkongsian ilmu dikalangan mahasiswa/I

Program bermula seawal pukul 9 pagi dengan pendaftaran para peserta dari kalangan siswa & siswi. Setelah tamat sesi taklimat mengenai program, program dimulakan dengan bengkel 1 dan 2  iaitu “PEMAKANAN & KESIHATAN DARI ASPEK KEHIDUPAN” dan “TEORI PENYEMBELIHAN” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd. Fadhil B. Mohd. Nor, tenaga pengajar di SMU(A) NURUL ITTIFAK, K.G NERING.

            Selesai sesi bengkel, semua VIP dan peserta menjamu selera selepas solat Zohor. Jamuan tengahari agak unik di mana para peserta & VIP duduk bersama makan di dalam talam dengan hidangan ala-ala kampung. Sesi bengkel 3, iaitu “AMALI PENYEMBELIHAN”dimulakan  dengan sesi penerangan oleh Yang Berbahagia Ustaz. Selepas itu, amali penyembelihan dimulakan. Semua peserta merasai pengalaman yang amat bermakna dalam hidup apabila diberi peluang untuk menyembelih sendiri binatang sembelihan, iaitu burung puyuh. Pelbagai ragam dan aksi peserta dapat disaksikan ketika menyembelih. Tamat acara penyembelihan, para peserta bergotong-royong melapah bulu burung puyuh bagi bersiap-sedia untuk dimasak.
            
            Bagi mengisi masa renggang sementara menunggu burung puyuh dimasak, aktiviti riadhah dirancang di mana peserta lelaki bermain futsal manakala peserta perempuan bermain bola tampar. Penat beriadhah, akhirnya makanan siap dihidangkan. Program berakhir sekitar pukul 6.30 petang. para peserta telah mendapat sebuah pengalaman & ilmu yang sangat berharga yang akan digunakan untuk diri sendiri dan disampaikan kepada orang lain untuk pembangunan ummah, INSYAALLAH..... 


Gambar sepanjang program: 

Sesi Pendaftaran








Sesi Taklimat & Bengkel














Jamuan & Makan Tengahari






Amali Penyembelihan