Facebook

Saturday, August 20, 2011

SEMINAR ANDA BIJAK JAUHI ZINA (ABJZ) KIST




Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Allah S.W.T di atas keberjayaan dan kecemerlangan program yang dianjurkan oleh Raudhatus Sakinah & Ikram Cawangan Bachok dengan kerjasama Badan Dakwah & Masjid KIST (BDMKIST) dan Majlis Perwakilan Pelajar KIST (MPPKIST) iaitu Seminar Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) bertempat di Masjid Ibnu Sina Kolej Islam Sains & Teknologi, Bachok, Kelantan. Seminar yang diadakan pada 27 Jun 2011 tersebut bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan siswa/I tentang bahaya zina terhadap agama, diri, keluarga, masyarakat dan negara, serta pendedahan tentang perkara-perkara yang selalu menjadi isu utama remaja, iaitu percintaan.  Di samping itu juga, siswa/I juga berpeluang untuk membahaskan dan membincangkan mengenai gejala sosial yang melanda remaja kini melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK) semasa seminar tersebut. 




Suasana sebelum seminar bermula

Seminar tersebut bermula sekitar jam 9.00 pagi dan dipengerusikan oleh Tn. Hj. Fauzi dengan didahului laungan zikir Asmaul Husna dan bacaan Al-Quran oleh saudara Ahmad Arshad B. Arham, Exco Keagamaan & Kerohanian MPPKIST merangkap pengerusi BDMKIST. Majlis dirasmikan oleh Puan Noraihan Bt. Che Ali, Ketua Pegawai Kewangan & Operasi KIST. Seterusnya, seminar diteruskan oleh Dr. Zaharah Sulaiman daripada Raudhatus Sakinah yang juga merupakan Unit Perkembangan Kesihatan Wanita USM. Seminar dijangka berakhir sekitar jam 1.00 petang.

 En. Abd. Razak mengetuai laungan zikir Asmaul Husna

 Bacaan Al-Quran oleh saudara Ahmad Arshad

Pn. Noraihan menyampaikan kata-kata aluan seterusnya merasmikan majlis 

Tn. Hj.Fauzi mempengerusikan majlis 

 Ceramah seminar disampaikan oleh Dr. Zaharah Sulaiman dari Raudhatus Sakinah, Bachok

 Semoga dengan adanya seminar sebegini dapat menyedarkan para siswa/I sekalian tentang bahayanya zina seterusnya dapat mengelakkan penularan virus zina di kalangan mahasiswa khususnya dan dikalangan remaja serta masyarakat amnya. Diharap seminar sebegini dapat diadakan lagi demi melahirkan graduan KIST yang hebat bukan sahaja dari segi akademik bahkan akhlak dan agamanya, Insyaallah….    



 Panorama ABJZ KIST












No comments: