Facebook

Saturday, December 26, 2009

Salam Tahun Baru

Salam Tahun Baru....

Salam tahun baru Hijrah dan Tahun Baru Masihiyah....

Admin meminta maaf setelah sekian lama tidak mengupdate blog ini.... Sesi pengajian 2010 kian bermula... InsyaALLAH BDMKIST akan berusaha untuk menjayakan misi dan visi organisasi bagi sesi ini...

Diharapkan kepada ahli badan serta semua siswa memberi kerjasama dan mengambil bahagian di dalam setiap program yang akan dijalankan...

Tuesday, November 24, 2009

BERKAT MEMBACA BASMALAH

Pada suatu masa, ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik

dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa
membaca kalimah Bismalah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu
sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa
memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak,
"Asyik-asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan
hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa
dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada

isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempa
t yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan
beg duit tersebut ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya.
Dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu lalu membukanya
dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T
. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada
suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada
isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca
Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
 
Oleh itu, sebagai pelajar Muslim kita mestilah mengambil pengajaran daripada cerita ini dan

amalkannya. Membaca Basmalah sebelum memulakan sesuatu pekerjaan dan akhirkannya
dengan kalimah Alhamdulillah… Semoga kita mendapat berkat dan redha daripada Allah SWT
di dalam setiap perbuatan dan pekerjaan kita…. InsyaALLAH….

Monday, November 2, 2009

9 PERINGKAT SOLAT







Golongan 1

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.


Golongan 2

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.


Golongan 3

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.


Golongan 4

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja.

Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam
sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.


Golongan 5

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. ‘sembahyang awamul muslimin’.



Golongan 6

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang kelima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayatiana;"

Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan di luar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala dan nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa - apa. Allah belum lagi cinta orang ini.


Golongan 7

Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan di luar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya golongan Muqarrabin (Yang hampir dengan Allah ).



Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan
di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang
itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan
tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.


Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai
sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk dan boleh mengungkai m
azmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik, dan zalim (NAUZUBILLAH).

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang.

Oleh : Mohd Hafizul Amin Bin Sallehudin

Wednesday, October 28, 2009

KELEBIHAN BERORGANISASI




Banyak faedah dan manfaat yang boleh diambil oleh seseorang pelajar apabila ia melibatkan diri dalam gerakan pelajar antaranya :

• Melaksanakan tugas amar ma’aruf nahi mungkar.
• Memberi sumbangan yang bererti kepada masyarakat.
• Memahami selok-belok dalam berorganisasi.
• Memupuk ukhuwah dan silaturrahim serta semangat kerjasama & toleransi.
• Mempelajari pelbagai cara berinteraksi yang berkesan.
• Melatih dan membina ketokohan diri bagi memimpin.
• Melatih diri bagi menjadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab.
• Membentuk pemikiran yang proaktif, optimis serta projektif.
• Menghargai masa.

Bagi memastikan kepimpinan kolektif yang cemerlang, antara ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang bakal pemimpin ialah :


• Mempunyai akhlak yang terpuji.
• Mampu berkomunikasi dengan baik.
• Berfikiran proaktif, positif dan projektif.
• Berketrampilan dalam bidang yang diperlukan oleh organisasi.
• Berani, tabah, cekal dan mempunyai iltizam yang tinggi.
• Mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam mengurus organisasi.

Oleh : Ahmad Syahin Bin Mohd Amin

ORGANISASI BADAN DAKWAH DAN MASJID


ORGANISASI BADAN DAKWAH DAN MASJID 2010
KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI
SESI JAN 2010- DIS 2010


Penaung
En Muhamad Zamly Bin Abdullah

Penasihat I
Ustaz Soleh Bin Ibrahim

Penasihat II
Ustaz Ahmad Murshidi Bin Mustapha

Presiden
Mohd Hafizul Amin Bin Salleh Hudin

Naib Presiden
Hasliyiana Bt Hassim

Setiausaha
Mohd Shahrul bin Mat

Naib Setiausaha
Roziana Bt Md Kadari

Bendahari
Nor Amalina Bt Abd Karim

Naib Bendahari
Siti Aishah Bt Husin

1. Sekretariat Pembangunan Modal Insan (SPMI)
Exco : Ahmad Ibrahim Bin Abdul Halim
Timb : Nur Syasira Bt Jamal

2. Biro Penerbitan & Informasi
Pengerusi : Muhammad Habibullah Bin Mahabat@Mohamad
Timb : Hafizah Izzati Bt Mohd Bakri

3. Jawatankuasa Kerja Masjid Ibnu Sina (JKMI)
Pengerusi : Muhammad Hanis Hafizuddin Bin Jafri
Timb : Nurul Al-Ain Bt Mohammad Noor


4. Lajnah Ekonomi dan Kewangan
Pengerusi : Mohd Hassan Bin Muda
Timb : Noor Harisul Akma Bt Che Ya


5. Lajnah Kebajikan dan Helwani
Pengerusi : Ahmad Mujahid Bin Mohamad
Timb :
Jumiati Bt Syamsir



MATLAMAT ORGANISASI

1.0 Visi

1.1 Melahirkan generasi mahasiswa yang beriman, berilmu dan beramal dengan ajaran Islam yang sebenar.
1.2 Mewujudkan IPTS yang dapat melahirkan generasi yang Islamik disamping cemerlang
duniawi.
1.3 Memperkenalkan masjid sebagai tempat untuk pelbagai kegiatan kemasyarakatan
disamping kegiatan keagamaan.
1.4 Mewujudkan masjid sebagai tempat rujukan agama.

2.0. Misi

2.1 Bertekad untuk memakmurkan rumah Allah, membudayakan kecemerlangan akademik, pembangunan sahsiah, membina persekitaran yang harmoni, semangat bekerjasama, memperjuangkan kebajikan siswa-siswi, membina keterampilan unggul dan berwawasan kearah merealisasikan aspirasi Kolej Islam Sains Dan Teknologi.

3.0. Objektif

3.1 Mewujudkan sebuah masjid yang serba lengkap.
3.2 Mengeratkan silaturahim dan semangat kerjasama antara mahasiswa dari semua kursus.
3.3 Dapat memberi keselesaan kepada semua pengguna masjid.
3.4 Mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh secara teori kepada amali (praktikal) melalui kegiatan yang dianjurkan.
3.5 Menumpukan serta mengeratkan pertalian dikalangan ahli persatuan, pensyarah, kakitangan, pengurusan dan kakitangan sokongan Kolej Islam Sains Dan Teknologi.
3.6 Menyediakan pelbagai bentuk kemahiran dalam berpersatuan dan menerapkan ciri-ciri kepimpinan.

TANGGUNGJAWAB PEMEGANG JAWATAN TETAP

1.0 MAJLIS SYURA
Majlis Syura dianggotai oleh beberapa orang ahli yang bertanggungjawab dan berperanan dalam bidang tugas tertentu. Ahli Majlis Syura mestilah terdiri daripada orang yang mempunyai fikrah Islamiyah, tarbiyyah dan qiyadah yang selari dengan prinsip al-Quran dan As-Sunnah. Bidang tugas Majlis Syura adalah :

1.1 Merangka draf perlembagaan persatuan.
1.2 Memastikan segala perancangan dan pelaksanaan adalah berlandaskan kehendak Syara'.
1.3 Menapis segala keputusan yang dibuat oleh ahli jawatankuasa sebelum dilaksanakan.
1.4 Resolusi yang dikeluarkan mendapat persetujuan sekurang-kurangnya 2/3 ahli.

2.0 PRESIDEN
Seorang Presiden adalah peneraju utama kepada persatuan yang dipimpinnya. Peranan presiden adalah;

2.1 Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa melainkan dinyatakan sebaliknya.
2.2 Presiden diberi kuasa memanggil ahli Jawatankuasa bermesyuarat dan mengarahkan mana-mana biro mengadakan mesyuarat dan menghadiri mana-mana mesyuarat serta berhak mengeluarkan pendapat.
2.3 Presiden diberi kuasa menyemak Penyata Kewangan persatuan bersama dengan bendahari dan Juru audit.
2.4 Presiden diberi kuasa membuat kenyataan-kenyataan umum bagi pihak ipersetujui oleh mesyuarat.
4.3 Menyimpan semua rekod-rekod persatuan dan bertanggungjawab di atas kesempurnaannya.
4.4 Menyimpan daftar ahli-ahli perseorangan dan Pertubuhan-pertubuhan Gabungan yang lengkap dengan bilangan dan senarai nama. Contohnya Nama pertubuhan gabungan, Alamat berdaftar, Nama presiden dan Setiausaha dan lain-lain butir yang diperlukan.
4.5 Menandatangani cek-cek persatuan bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari.
4.6 Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat.

5.0 NAIB SETIAUSAHA
5.1 Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas.
5.2 Mencatit minit mesyuarat ketika ketiadaan Setiausaha .
5.3 Menjalankan tugas Setiausaha ketika ketiadaannya.

6.0 BENDAHARI
Seorang Bendahari pula bertanggungjawab terhadap segala urusan yang berkaitan dengan kewangan persatuan.Secara kasarnya,tang diserahkan kepada beliau oleh Presiden Jawatankuasa Persatuan.

4.0 SETIAUSAHA
Seorang setiausaha adalah menjadi pentadbir utama kepada sesebuah persatuan.

4.1 Menyedia dan membentang semua peringatan mesyuarat dalam semua mesyuarat.
4.2 Melaksanakan semua keputusan-keputusan mesyuarat yang telah dipersetujui oleh mesyuarat.
4.3 Menyimpan semua rekod-rekod persatuan dan bertanggungjawab di atas kesempurnaannya.
4.4 Menyimpan daftar ahli-ahli perseorangan dan Pertubuhan-pertubuhan Gabungan yang lengkap dengan bilangan dan senarai nama. Contohnya Nama pertubuhan gabungan, Alamat berdaftar, Nama presiden dan Setiausaha dan lain-lain butir yang diperlukan.
4.5 Menandatangani cek-cek persatuan bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari.
4.6 Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat.

5.0 NAIB SETIAUSAHA
5.1 Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas.
5.2 Mencatit minit mesyuarat ketika ketiadaan Setiausaha .
5.3 Menjalankan tugas Setiausaha ketika ketiadaannya.

6.0 BENDAHARI
Seorang Bendahari pula bertanggungjawab terhadap segala urusan yang berkaitan dengan kewangan persatuan.Secara kasarnya,tugas beliau adalah;

6.1 Memungut dan menguruskan wang bagi pihak persatuan.
6.2 Menyimpan rekod-rekod kewangan dan bertanggungjawab di atas kesempurnaannya.
6.3 Menyediakan penyata-penyata kewangan dalam semua mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agong.
6.4 Menandatangani semua cek-cek persatuan bersama Presiden dan Setiausaha.
6.5 Menyimpan buku simpanan bank bagi pihak persatuan dan bertanggungjawab di atas kesempurnaannya.

7.0 NAIB BENDAHARI
7.1 Bertanggungjawab membantu Bendahari dalam tugasnya.
7.2 Apabila Bendahari tidak hadir, Naib Bendahari hendaklah mengendalikan segala tugasnya.


TANGGUNGJAWAB PEMEGANG JAWATAN BIRO

1. Sekretariat Pembangunan Modal Insan (SPMI)
a) Menjalankan program diskusi, usrah dan lain-lain program.
b) Mengadakan usaha bagi faedah mahasiswa muslim dan Non-Muslim.
c) Berkerjasama dengan kelab dan persatuan lain dalam menangani masalah sosial.
d) Bertanggungjawab menjaga kepentingan dan kebajikan semua mahasiswa.
e) Menyebarkan dakwah islamiyyah di kalangan mahasiswa muslim dan Non-Muslim.

2. Biro Hal Ehwah Siswi (HELWANI)
a. Mengadakan program bagi faedah Mahasiswi.
b. Bertanggungjawab menjaga kepentingan dan mengendalikan semua urusan berhubung dengan muslimah.
c. Menyebarkan dakwah islamiyyah di kalangan Mahasiswi.
d. Mengadakan khidmat-khidmat yang sesuai bagi faedah mahasiswi dan masyarakat kampus.

3. Biro Aktiviti
a. Mengadakan ceramah dan majlis penerangan agama.
b. Bertanggungjawab membuat jadual aktiviti masjid, seperti jadual giliran imam dan muazin.
c. Merancang aktiviti–aktiviti harian, bulanan dan tahunan persatuan.
d. Mengkaji segala kesulitan yang di hadapi oleh Siswa Siswi kolej, mengenai kelemahan penguasaan bacaan Al-quran, kebajikan dan sebagainya serta membuat usul-usul kepada jawatankuasa tertinggi untuk menyelesaikan masalah ini.
e. Membantu serta melancarkan perjalanan aktiviti biro-biro lain.
f. Menyediakan persembahan multimedia bagi program yang memerlukan.

4. Biro Kebersihan Dan Keceriaan
a. Merancang program bagi menceriakan masjid.
b. Melaporkan kebersihan masjid kepada unit pembersih kolej untuk tujuan pembersihan.
c. Mengadakan Mingguan gotong-royong bagi membersihkan kawasan masjid.
d. Mengimarahkan dan menceriakan masjid dengan syarat tidak mengadakan perhiasan yang berlebihan.

5. Biro Penerbitan Dan Informasi
a. Bekerjasama dengan MPP atau mana-mana kelab dan persatuan dalam mengatasi masalah sosial.
b. Menyedia dan mengedarkan risalah (keagamaan) untuk kesedaran siswa/siswi, seminggu sekali.
c. Bertanggungjawab mengurus hal-hal yang berkaitan dengan penerbitan.

6. Biro Makanan
a. Bertanggungjawab mengurus dan menyediakan makanan sekiranya ada majlis-majlis rasmi.
b. Merancang program yang berkaitan dengan makanan, seperti majlis bebuka puasa, masyuarat, jamuan akhir dan lain-lain.

TUGASAN UMUM

a. Pengerusi biro berhak melantik sesiapa saja dari kalangan ahli biasa untuk menjadi Setiausaha kepada bironya dengan syarat mendapat persetujuan presiden terlebih dahulu secara bertulis atau persetujuan melalui mesyuarat.
b. Naib pengerusi biro menjadi pemangku ketika ketiadaan pengerusi.
c. Naib pengerusi menjadi pembantu pengerusi di dalam menjalankan tugas dan perkara-perkara yang berkaitan dengan bironya.

sumber : http://syahkist.blogspot.com/search/label/Bdm

Monday, October 26, 2009

Anak-anak Zaman Ini



Pada zaman intelektual dan dunia di hujung jari ini, manusia sentiasa merasa hebat, masyhur, kaya, tidak memerlukan teguran lantas diri menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antara bentuk-bentuk ikutan yang sangat teruk dan negatif pada pandangan kita dan agama juga sekarang ialah seperti:



1. Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.

2. Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang
3. Memakai subang sebelah seperti anak haram negro

4. Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina

5. Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.

6. Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya.


7. Mentatoo lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasa berkeadaan tidak suci.


8. Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut.


9. Berkepit dengan pasangan yang bukan mahram di kompleks membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan.

10. Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan.

11. Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah .

12. Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan serta hubungan jenis tanpa rasa segan silu dengan anak-anak.



WAHAI INSAN,
WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT. Oleh itu wahai manusia yang bergelar pelajar, peliharalah diri dan keluargamu dengan mengikut kehendak agama yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi. Wassalam.....

Sunday, October 11, 2009

10 PESANAN IMAM SHAFIE

Sebelum Imam Shasie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut :

" Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. Hak kepada diri : mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada malaikat maut : mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.

3. Hak kepada kubur : membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5. Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6. Hak kepada sirat (titian yang merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7. Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kepada Ridhzuan (malaiakt penjaga syurga): merasa redha kepada qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. Hak kepada Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada ALLAH SWT.

10. Hak kepada ALLAH SWT : mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Friday, October 9, 2009

Mahasiswa, Budaya Ilmu dan Perjuangan Pendidikan


Pendahuluan

Isu-isu pendidikan merupakan sebahagian daripada perjuangan kelompok anak muda terutamanya mahasiswa.Ia tidak sewajarnya diserahkan semata-mata kepada penggubal dasar pendidikan semata-mata tanpa mendengar suara dan memahami aspirasi anak muda dalam perjuangan pendidikan ini.Dasar pendidikan yang digubal tanpa mengambil kira pandangan anak muda pasti pincang dan akan gagal direalisasikan walau secantik dan sehebat mana dasar pendidikan tersebut.



Membangun sambil meroboh?


Generasi muda yang kuat ialah generasi muda yang sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu.Dengan budaya ilmu inilah mereka mampu menjadi pencetus sesuatu gagasan, seterusnya memimpin dan menangani perubahan .Sesuatu tamadun itu tidak mampu tertegak tanpa kekuatan budaya ilmu dan pastinya yang dituntut dan menjadi tonggak utama sesuatu tamadun itu ialah kekuatan budaya ilmu di kalangan generasi mudanya.



Dalam keghairahan kita menyambut ulang tahun ke 52 kemerdekaan negara Malaysia,jangan sampai kita mengabaikan aspek pembudayaan ilmu di kalangan generasi muda Malaysia.Amat malang bagi masa depan negara tercinta,Malaysia seandainya kita hanya sibuk membangunkan aspek fizikal dan material semata-mata bahkan berbangga-bangga dengan segala pencapaian lalu dan pada masa yang sama lupa untuk membangunkan generasi muda kini.



Allahyarham Mohamad Natsir (Tokoh negarawan,pemikir,pendakwah dari Indonesia) seringkali mengingatkan supaya ‘jangan sambil membangun kita robohkan” – membangun gedung sambil merobohkan akhlak, membangun industri sambil menindas pekerja, membina prasarana sambil memusnahkan lingkungan.



Persoalannya,apakah kita sudah membangunkan generasi muda Malaysia dengan kekuatan budaya ilmu ataupun turut sama menyumbang kepada usaha merobohkan generasi muda Malaysia?



Budaya ilmu VS budaya peperiksaan


Sistem pendidikan negara kita telah dikritik oleh beberapa tokoh akademik dan pakar pendidikan dan pastinya kritikan tersebut merupakan hasil renungan,kajian dan penyelidikan mereka dan ia merupakan kritikan membina demi memperkasakan lagi sistem pendidikan negara kita.



Prof Wan Mohd Nor Wan Daud misalnya dalam bukunya bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu telah mengupas bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu dalam sistem pendidikan negara masa kini.



Menurut beliau,



’’ Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan.



Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan penghafalan dan bukannya pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh,hafalan dan soalan ramalan(spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan.



Apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh akademik perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya generasi muda. Budaya ilmu perlu diterapkan dan niat yang tulus ikhlas menuntut ilmu perlu diperbaharui agar generasi muda tidak belajar atau menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksaan,mengejar sijil,diploma atau ijazah, atau memperoleh gred,markah, ‘pointer’-‘CGPA’yang tinggi semata-mata.



Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata (exam oriented) juga tidak lagi relevan dan penekanan kepada aspek pemikiran atau budaya berfikir secara rasional perlu digalakkan.



Allahyarham Syeikh Muhammad Al-Ghazali pernah mengungkapkan ‘Manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya tidak mahu lagi berfikir’.



Para pelajar juga perlu lebih berdikari,berani berfikir dan menyuarakan pandangan peribadi disamping memiliki kriteria budaya ilmu seperti cinta ilmu dan ilmuwan,memiliki tabiat membaca,menulis,berdiskusi,menyelidik dan sebagainya.



Realiti kampus universiti masa kini


Kita pastinya tidak mahu mahasiswa di kampus-kampus universiti dihanyutkan dengan budaya hedonisme ,menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan mahasiswa sebagai penuntut ilmu apatah lagi mahasiswa merupakan aset penting dan barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti.



Melihat realiti yang berlaku di kampus universiti sekarang,mahasiswa lebih banyak tertumpu kepada program-program berbentuk hiburan,kebudayaan dan sukan semata-mata.Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pihak kolej kediaman universiti..Malang bagi mahasiswa pencinta ilmu yang tidak dapat merasai sambutan hangat mahasiswa dan pihak atasan universiti dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa.



Benar seperti yang pernah diperkatakan oleh



Profesor Dato Ir Dr.Zaini Ujang(Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia) dalam siri syarahan perdana Naib Canselor,Universiti-Kreativiti-Inovasi,’’



Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana,diskusi,’kegilaan membaca dan menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting .Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus malah nampaknya semakin pupus melawan arus masa



Pihak universiti terutamanya melalui kolej-kolej kediaman perlu memikirkan usaha pemupukan budaya ilmu,upaya menyegarkan intelektualisme,spiritualisme,aktivisme dan ,idealisme dikalangan mahasiswa.Kolej-kolej kediaman perlu menyemarakkan program-program ilmiah seperti forum,wacana, debat,diskusi buku dengan penampilan para ilmuwan dan cendekiawan dengan melibatkan penyertaan bersama mahasiswa dan sokongan padu pihak kolej kediaman dan pihak atasan universiti.



Memperkasa tradisi intelektual anak muda


Jika direnung kembali sejarah perjuangan mahasiswa terutamanya tatkala era akhir 60 an dan awal 70 an yang dikatakan era kegemilangan mahasiswa,kita akan mendapati bahawa era tersebut bukan sahaja dipenuhi dengan siri-siri demonstrasi semata-mata bahkan juga dipenuhi dengan siri-siri diskusi intelektual kelompok kecil atau usrah samada antara sesama mahasiswa ataupun antara mahasiswa dan para pensyarah sebagai mentor atau naqib usrah tersebut.



Pelbagai buku daripada pelbagai bidang yang ditulis oleh tokoh-tokoh terkemuka telah dikupas dan diperdebatkan dalam usrah mereka dan hasil usrah tersebutlah yang telah membentuk pemikiran,fikrah,dan pandangan sarwa-alam@worldview mahasiswa ketika itu seterusnya mendorong mereka untuk terus istiqamah berjuang di lapangan umat.



Membaca karya-karya besar pastinya mampu membentuk mahasiswa yang berjiwa besar.Oleh kerana itu,mahasiswa kini perlu menyedari kepentingan membaca buku atau karya besar yang ditulis oleh tokoh-tokoh atau pakar –pakar yang meliputi pelbagai cabang ilmu pengetahuan.



Budaya membaca karya-karya besar itu pula perlu seiring dengan budaya diskusi,berdebat,berbincang ,bertukar-tukar pandangan dan idea dan semua ini mampu dilakukan melalui kelompok kecil atau usrah mahasiswa yang sistematik.



Melalui penjadualan pembentang di kalangan mahasiswa itu sendiri dan juga senarai buku-buku yang akan dikupas sepanjang usrah tersebut akan lebih memantapkan lagi persiapan dan perjalanan usrah itu nanti.



Sebelum berlangsungnya usrah tersebut,seseorang itu perlulah membuat persiapan daripada aspek keintelektualan dengan pembacaan buku-buku dan membuat catatan terlebih dahulu agar pembincangan dalam usrah itu nanti lebih rancak dengan sesi ‘pertarungan’ idea dan pemikiran.



Mahasiswa yang aktif menyertai usrah kelompok kecil ini nanti akhirnya pasti akan lahir dalam diri mereka sifat berani dalam mengemukakan pandangan dan berhujah,membentuk budaya berfikir,pemikiran kritis dan sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu dan keintelektualan.



Semoga kampus universiti sentiasa segar dengan mahasiswanya yang mengjunjung tinggi budaya ilmu dan keintelektualan.



Melawan krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu


Usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa penghantar ilmu dan pendidikan di peringkat tinggi bagi semua bidang ,bahasa sains dan teknologi , bahasa pemikiran serta bahasa tamadun sudah lama diperjuangkan oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.



Perjuangan mereka seringkali dipandang sinis oleh golongan yang mengalami krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu,yang dijajah pemikiran mereka oleh ‘penjajahan bahasa’ akibat terpukau dengan kaca yang disangka emas belian lantas bersikap seperti kacang melupakan kulit dengan terlalu memuja dan mendewa-dewakan bahasa asing sehingga sanggup memperlekeh dan menghina bahasa ibunda sendiri.



Padahal pejuang-pejuang Bahasa Melayu yang lantang bersuara mempertahankan bahasa melayu itu sama sekali tidak pernah menafikan kepentingan menguasai bahasa asing bahkan menyeru semua pihak menguasai sebaik mungkin bahasa-bahasa dunia.



Cuma yang menjadi harapan para pejuang Bahasa Melayu ialah dalam keghairahan kita menguasai bahasa asing dan atas alasan pembangunan,kemajuan dan era globalisasi, jangan sesekali kita mengabaikan dan menyingkirkan bahasa melayu.



Tidak ada bangsa yang besar di dunia yang maju dengan menyingkirkan bahasanya sendiri!!!



Inilah antara prinsip yang selamanya akan dipegang oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.

Tatkala wujud golongan yang meragui dan cuba memandang rendah keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu , wujud juga rakyat Negara asing daripada beberapa buah Negara seperti Rusia,China,Yaman,Uzbekistan dan Iran yang berusaha keras mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu bahkan mampu bertutur dengan fasih dalam Bahasa Melayu lebih baik daripada rakyat Malaysia sendiri walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Negara Malaysia!!!



Ini merupakan tamparan hebat kepada mereka yang mengaku dan mendakwa sebagai rakyat Malaysia tetapi pada masa yang sama tidak berusaha untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu bahkan yang lebih menyedihkan lagi mereka sendiri memperlekeh segala usaha yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.



Kepada rakyat Malaysia yang mengalami krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu ini kita nasihatkan supaya menyelami keindahan sastera dan kesenian Bahasa Melayu terutamanya melalui kajian terhadap puisi,sajak,peribahasa,gurindam,pantun dan lain-lain lagi dan cuba bertutur dalam Bahasa Melayu baku bukannya bahasa rojak yang mencemarkan keindahan bahasa melayu dan boleh juga mempelajari Bahasa Melayu yang betul daripada rakyat asing yang mempelajari Bahasa Melayu!!!



Semoga rakyat Malaysia terus yakin dengan perjuangan mengangkat martabat Bahasa Melayu,bahasa rasmi ,bahasa kebangsaan,dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia!!!



Penutup


Generasi muda perlu terus memperkasakan dan memberi penekanan kepada perjuangan pendidikan.Hanya dengan pendidikan ,perubahan yang diimpikan itu mampu direalisasikan.Tradisi ilmu dan keintelektualan perlu terus diperjuangkan dan segala usaha anti ilmu dan proses pembodohan perlu ditentang dan dilawan.Biar kelihatan lambat dan memakan masa yang panjang namun perjuangan pendidikan pasti akan melahirkan perubahan kelak.

(Dibentangkan pada Konvensyen Transformasi Malaysia 13 September 2009
anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia(PKPIM-GAMIS-KARISMA-DEMA-KAMI)