Facebook

Sunday, June 5, 2011

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN MASJID IBNU SINA KIST

Alhamdulillahi rabbil a'lamin...
Pada tanggal 31 Mei 2011 bersamaan dengan 27 Jamadilakhir 1432H, satu program gotong-royong telah diadakan di Masjid Ibnu Sina KIST, Bachok, Kelantan. Tujuan gotong-royong ini diadakan ialah untuk membersihkan masjid kolej yang agak kotor dan berselerak disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan masjid untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai berkunjung ke masjid untuk mendirikan solat berjemaah. Gotong-royong tersebut dihadiri oleh 12 orang AJK Badan Dakwah Dan Masjid KIST bersama 3 orang pensyarah, dimana 2 orang merupakan penasihat Badan Dakwah Dan Masjid KIST iaitu Ustaz Abd. Azib dan Ustazah Siti NorShila.Gotong-royong tersebut bermula pada pukul 5 petang dan selesai pada pukul 7 petang. Selepas gotong-royong tersebut, semua AJK bersama penasihat BDMKIST mendirikan solat Maghrib berjemaah dan mendengar tazkirah khas daripada Ustaz Abd. Azib sebelum semua hadirin bersurai dan balik ke asrama masing-masing. Semoga dengan adanya gotong-royong sebegini dapat meningkatkan kesedaran AJK BDMKIST tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan Rumah Allah dalam meraih rahmat dan keredhaan-Nya. Amiin, Insyaallah....








1 comment:

Hafizul Amin said...

Hebat!! Maju bdmkist!!