Facebook

Monday, January 4, 2010

Perutusan Tahun Baru 2010 BDMKIST





Selamat menyambut Tahun Baru kepada seluruh warga Kolej Islam Sains Dan Teknologi, khususnya rakan-rakan seperjuangan sekalian. Semoga kehadiran tahun baru ini mampu untuk menyuntik semangat kita untuk menjadi insan yang lebih berkualiti kepada pencipta, keluarga, masyarakat dan negara. Generasi muda pada hari ini, perlu sedar bahawa kita semua adalah tunggak dan harapan Negara.

Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan serta kita berusaha menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan. Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu. Pendek kata, iltizam untuk melakukan perubahan sahaja tidaklah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan.

Mahasiswa sesungguhnya bijak serta berkemampuan untuk membezakan di antara intan dan kaca. Mereka sedar yang manakah program perubahan palsu serta satu agenda Perubahan berhasrat untuk membawa kepentingan kepada rakyat. Namun sekiranya kita gagal untuk menunaikan hasrat dan cita-cita baik tersebut untuk dikecapi mahasiswa, ianya akan kekal sebagai satu laungan kosong semata-semata.

:::::BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN::::::

No comments: