Facebook

Monday, November 1, 2010

Menjadi yang Mencintai

artikel dari langitilahi.com


Kita lebih suka dicintai. Kita lebih suka disayangi. Kita lebih suka dikasihi.
Kerana kita akan menjadi seperti raja. Dicurahkan segala-gala daripada manusia yang menicntai, menyayangi dan mengasihi kita.
Namun tak ramai antara kita yang suka menjadi yang mencintai.
Mengapa?
Kerana di situ ada satu perkara yang besar perlu kita lakukan.
Ia bernama Pengorbanan.
Jika benar cinta, maka pengorbanan perlu ada.
Bukanlah pengorbanan di sini semata-mata bermaksud: “Sanggupku redah gunung everest, merentas lautan api, mencari permata berkati-kati”.
Pengorbanan masa dan waktu, pengorbanan rasa dan kehendak, pengorbanan harta dan benda. Mungkin enam perkara daripada tiga jenis kumpulan ini adalah yang paling akan perlu dikorbankan apabila menjadi seorang pencinta.
Jika benar cinta, maka anda akan perlu mengorbankan enam perkara dari tiga kumpulan ini.
Jika tidak, saya cakap satu perkara kepada kita semua.
Kita adalah pembohong dalam cinta kita.
Pengorbanan-pengorbanan bukan semudah tulisan dan bicara
Cakap semua orang boleh. Tulis memang senang. Tetapi melakukannya adalah satu perkara yang berada di dimensi lain.
Jika anda benar cintakan seseorang manusia. Contohnya, pasangan anda. Maka pastinya anda perlu mengorbankan masa-masa dalam hidup anda untuk memberikan perhatian yang lebih kepadanya, berfikir akan kebaikan yang perlu anda lakukan kepadanya. Saat-saat dia memerlukan anda, memerlukan bantuan dan tangan, anda kena korbankan masa dan waktu anda. Waktu-waktu anda akan ‘dimakan’ apabila wujudnya seseorang yang perlu anda perhatikan dan fikirkan. Anda bohong dengan cinta anda, sekiranya anda bukan yang berkorban dengan masa dan waktu anda.
Kalau benar cinta, kita akan korbankan kehendak dan rasa kita. Mungkin kita hendakkan sesuatu itu, tetapi kita kena korbankan kerana orang yang kita cintai membencinya. Mungkin kita rasa bengang dan marah akan sesuatu, tetapi kita kena korbankan kemarahan kita agar tidak menyakiti orang yang kita cintai. Tidak begitu?
Kalau benar cinta, kita akan sanggup berhabis harta dan benda yang kita ada untuk orang yang kita cintai. Hal ini kerana, kita mahu orang yang kita cintai itu berada dalam kondisi yang paling bahagia sekali. Maka kita akan belikan dia hadiah, hadiahkan dia sesuatu yang istimewa. Dan apabila dia memerlukan bantuan, kita sanggup korbankan apa sahaja yang ada dalam tangan kita untuk membantunya. Tidakkah begitu?
Dan inilah dia mahar cinta. Tidak kiralah dengan pasangan, dengan rakan-rakan, dengan ibu bapa, adik beradik, atau dengan sesiapa sahaja sekalipun. Selagi dia manusia, kita tetap perlu mengorbankan perkara yang sama, jika kita benar dengan cinta kita.
Apa yang menakutkan adalah, belum tentu cinta ini berbalas.
Namun, ketakutan itu akan terpadam apabila kita membina cinta kita atas dasar yang benar.
Acuan Allah, siapakah yang acuannya lebih baik dari acuan Allah?
Sekiranya, perjalanan kita menjadi pencinta, kita mulakan dengan menjadi pencinta kepada Allah SWT, maka kita akan merasakan semua cinta-cinta kita kepada manusia lain tadi terbalas. Walaupun manusia-manusia itu tidak membalasnya.
Kita perlu yakin, Allah membalas cinta-cinta kita tadi.
Maka, pertamanya, perlulah cinta kepada Allah itu kita bina. Sekarang, kita balik kepada formula asal kita tadi. Kalau cinta, pastinya ada pengorbanan. Bagaimanakah kita dengan Allah SWT?
Apakah pengorbanan kita kepadaNya?
Ahah!
Kita suka Allah sayang kita, tetapi kita….?
Kita suka Allah bagi rahmat. Kita suka Allah bagi keberkatan. Kita suka Allah bagi kita banyak nikmat. Walaupun mungkin kita tak boleh kata “Allah dah banyak berkorban untuk kita” sebab Allah itu tak akan ada kekurangan dan kepayahan untukNya(menyebabkan perkataan ‘korban’ adalah sesuatu yang tidak layak untuk Allah), tetapi yang nyata, Allah telah memberikan kita pelbagai perkara, dan tidak cukup dengan itu, menjanjikan kita baaaanyak perkara.
Maka kita?
Jika benar cintakan Allah.
Maka hendak menjadi pencinta kepada Allah juga perlukan pengorbanan. Dan kita perlu korbankan perkara yang sama juga. Enam perkara dari tiga kumpulan tadi.
Kalau benar kita cintakan Allah SWT, maka kita akan korbankan masa kosong dan masa bermain-main kita untuk kita isi dengan mencari keredhaanNya, untuk kita isi dengan ibadah kepadaNya, untuk kita isi dengan melakukan kerja-kerja yang membawa kepadaNya. Kalau benar kita cintakan Allah SWT, kita tidak akan kisah waktu-waktu yang berlalu dalam mengejarNya, melakukan perintahNya, melaksanakan arahanNya. Kalau benar kita cinta kepada Allah. Namun berapa banyak masa dan waktu kita telah kita korbankan untukNya?
Kalau benar kita cintakan Allah SWT, maka kita akan berusaha untuk korbanakn rasa dan kehendak kita. Kita akan korbankan rasa hendak berbuat dosa, rasa nak ikut hawa nafsu, rasa seronok dengan maksiat dan kemungkaran. Kalau benar kita cintakan Allah SWT, maka kita akan berusaha untuk supress kehendak kita kepada perkara yang dilarang olehNya, kehendak kita hendak mengikuti musuh-musuhNya, kehendak kita untuk sekadar berseronok semata-mata di atas dunia. Namun, berapa banyak rasa dan kehendak kita telah kita korbankan untukNya?
Kalau benar kita cintakan Allah SWT, maka kita akan mengorbankan harta kita di atas jalanNya. Kita akan sanggup berusaha membantu agamaNya dengan harta kita. Kita akan planning harta kita biar ada sebahagian peratus yang tumpah ke jalanNya secara khusus, selain turut tumpah ke jalanNya secara umum dalam membentuk keluarga dan mengisi perut kita.
Persoalannya, apakah kita sudah berkorban?
Kita takut, sebab kita tak ada Dia.
Hubungan yang rapuh dengan Allah SWT adalah punca kita mengalami ketakutan untuk menjadi pencinta kepada manusia. Ketakutan ini yang menimbulkan kerisauan dan kegelisahan di dalam diri kita. Menjadikan kita seorang yang prejudis dan kering. Kita tidak berani mencinta. Sedang cinta adalah satu-satunya air yang wujud untuk membasahi hati kita.
Orang yang cintakan Allah, dia akan mencintai manusia lain.
Contoh terbaik saya adalah Rasulullah SAW. Siapakah yang lebih mencintai Allah berbanding baginda? Dan lihatlah bagaimana baginda mencintai manusia.
:-)
Penutup: Jadilah pencinta, hati kamu akan bahagia.
Maka jadilah pencinta. Belajar berkorban.
Kita mungkin takkan dapat balasan yang setimpal dari manusia. Di dunia pun, mungkin kita akan sukar ‘nampak’ balasan untuk kita daripada Allah SWT. Tetapi percayalah dengan yakin, Allah membalas cinta-cinta kita kepada manusia juga, selain membalas cinta kita kepadaNya.
Memang sukar hendak berkorban kepada ‘yang kita tidak nampak’.
Memang sukar hendak berkorban kepada manusia yang mungkin tidak membalas.
Tetapi kebahagiaan-kebahagiaan dalam menjadi pencinta itu, melebihi segala-gala. Ia melembutkan hati, mendamaikan jiwa, membentuk peribadi, dan meluaskan pemikiran akal. Semua itu melebihi kesakitan dan penderitaan di atasnya.
Cinta kepada manusia, yang dibina di atas cinta kepada Allah, ia akan memberikan kekuatan berkali ganda kepada kita.
Segala senyuman akan kita hargai, segala kebaikan akan membuatkan jiwa kita lapang, segala ketenangan membuatkan hati kita tenang. Oh, bahagianya.
Tidakkah tidak mendapat semua itu, membuatkan hati kita sunyi?
Jadilah pencinta. Belajarlah berkorban. Kamu akan memahami.

Sunday, October 24, 2010

Allah menyeru kamu, Allah menjaga kamu

Manusia sering alpa dan mudah leka dengan kesenangan. Nikmat-nikmat yang melimpah ruah di sekelilingnya mudah membuatkannya lupa dengan tanggungjawabnya terhadap Allah SWT sebagai hamba. Biasanya, manusia dengan banyak kesenangan, lebih cenderung menggunakan atau dipergunakan oleh kesenangannya untuk jauh daripada Allah SWT.

Maka kadangkala, kehidupan akan di’gegar’kan oleh Allah SWT.
Seperti orang yang mengantuk digegarkan oleh rakan di sebelah agar dia terjaga, maka begitulah ujian-ujian yang diberikan kepada manusia.

Seakan-akan ia seruan lembut daripada Allah SWT: “Sedarlah dari kealpaanmu, dan merapatlahg kepadaKu.”
Maka ada orang berkata kepada saya: “Tetapi saya tidak pernah mengecapi kesenangan pun seumur hidup saya!”
Saya akan menjawab: “Sama ada kamu yang tidak berusaha bersungguh-sungguh, ataupun Allah tahu sekiranya kamu memperolehi kesenangan, kamu akan lebih kufur daripada hari ini.”

Tidakkah kamu melihat Allah ingin menjaga kamu?

Allah, aturanNya tidak pernah sia-sia. Tinggal manusia sahaja tidak menyedarinya.

Satu keyakinan yang pasti, Allah tidak pernah melakukan sesuatu perkara dengan sia-sia. Semuanya pasti ada hikmah dan pengajarannya. Termasuklah dengan apa sahaja yang diberikan kepada kita. Tinggal biasanya, kita tidak memerhatikannya, menelitinya, ataupun ilmu kita tidak sampai untuk menyedari hikmahNya.
Satu yang perlu ditanam di dalam jiwa kita adalah bersangka baik kepadaNya dalam segala hal. Kita kena faham bahawa, Dia Maha Mengetahui, dan kita langsung tidak mengetahui apa-apa.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216.

Allah sedang menyeru kamu. Memanggil dekat ke sisiNya.

Jangan fikir Allah tidak menyayangi kita apabila Dia memberikan kita kesusahan dan kesukaran. Jangan sangka Allah mebenci kita apabila Dia menguji dan memberikan bencana.

Tidakkah kita perasan apabila kita ditimpa kesusahan, jiwa kita automatik memerlukan sokongan? Dan akhirnya kita faham bahawa tiada sokongan yang lebih kuat melainkan sokongan Allah SWT. Akhirnya kita bergerak kepadaNya, mengadu kepadaNya, meminta bantuanNya.
Maka kesusahan, ujian dan bala bencana yang menimpa kita tadi, hakikatnya adalah ‘panggilan kasih sayang’ Allah kepada kita. Bagaimana agaknya kalau kita tidak ditimpa kesusahan? Apakah kita lebih mudah mengingati Allah SWT?

“Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” Surah Ash-Shura ayat 30.

Tidak semestinya maksud ‘perbuatan tanganmu sendiri’ di sini adalah dosa dan maksiat seperti membunuh, mencuri, berzina dan sebagainya. Jauh daripada Allah, lupa kepada Allah, itu juga adalah termasuk dalam ‘perbuatan tanganmu sendiri’ juga sebenarnya.

Maka, musibah datang memberikan peringatan. Kenapa Allah memberikan peringatan? Kerana Allah bersedia untuk memberikan keampunan. Sebab itu ayat itu ditutup dengna ‘dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu(yang menyebabkan kamu ditimpa musibah)’.

Semua orang-orang kaya di zaman Rasulullah, tetap melalui ujian. Saidina Uthman bin Affan RA diuji dengan kematian kedua-dua isterinya(Ruqayyah dan Ummi Kalthum). Abdurrahman bin Auf RA diuji dengan kakinya yang tempang apabila ditusuk dengan 21 tusukan ketika mempertahankan Rasulullah di Uhud. Belum dikira ujiannya yang meninggalkan semua hartanya di Makkah ketika Hijrah. Sama begitu juga dengan jutawan Suhaib Ar-Rumy, yang pergi ke Madinah sehelai sepinggang apabila hijrah.

Ujian-ujian ini, yang membuatkan mereka lebih menghargai harta-harta yang mereka ada. Adakah dengan menghargai itu bermakna mereka menyimpannya dan bakhil tidak menggunakannya untuk Islam? Tidak. Mereka menjadi seorang yang sangat dermawan, membantu Islam dengan kekayaan mereka, dan mereka tidak sesekali meletakkan kesenangan-kesenangan mereka di dalam jiwa.
Kerana mereka telah diproses oleh ujian yang Allah berikan.

Bagaimana kalau Allah tidak memberikan mereka ujian? Apakah mereka akan menjadi seorang yang sama dengan apa yang mereka jadi di dalam sejarah?
Semestinya tidak. Hal ini kerana, hanya orang yang pernah kehilangan nikmat, tahu apa nikmatnya nikmat. Lebih-lebih lagi apabila jiwanya telah berhubung dengan Allah SWT.

Allah sedang menjaga kamu, menjauhkan kamu dari keburukan.

Ada pula yang mengadu bahawa dia langsung tidak pernah senang. Hidupnya penuh dengan ujian. Hidupnya penuh dengan kesengsaraan.

Guru Aqidah saya, Dr Samirah Tohir pernah berkata:
“Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Ada kemungkinan kesenangan tidak datang kepada kamu, kerana Allah Maha Tahu bahawa kamu akan menggunakan kesenangan itu ke arah kemungkaran nanti.”
Tidakkah kita memerhatikan? Ya, mungkin kita akan kata: “Mana ada. Saya akan gunakannya sebaik-baiknya!” Tetapi siapakah kita hendak menandingi pengetahuan Allah SWT?

Kita melihat ramai orang yang hidup dalam kesenangan tertipu dengan kesenangan mereka, tidak mempunyai ketabahan seperti ketabahan kita yang hidup sukar, tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah seperti kita yang seringkali mendekati Allah mengadu dan memohon. Bagaimana agaknya kita apabila diberikan kesenangan?
Tidakkah kita memerhatikan?
Allah sedang menjaga kita, memuliakan kita, mengangkat kita.

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” Surah At-Taghabun ayat 11.

Tidakkah kita merasa bahagia?

Penutup: Sangka baik kepada Allah, dan melihat segala yang berlaku dengan pandangan mukmin. 

Sebagai seorang yang beriman kepada Allah tanpa keraguan, kita sepatutnya mengekstrak hanya kebaikan-kebaikan dari apa sahaja yang berlaku. Seorang yang beriman kepada Allah, akan senantiasa positif kepadaNya. Hal ini kerana, keimanan-keimanannya memandu. Keimanan-keimanannya memimpin. Kita yakin Allah mengharamkan kezaliman pada diriNya, kita yakin bahawa Allah tidak Memungkiri JanjiNya, Kita yakin Allah tidak akan melakukan perkara yang sia-sia.

Maka kita yakin, apabila Allah mengekalkan kita di satu tempat, ada hikmahnya.
Maka kita yakin, apabila Allah memberikan kita bala bencana, ada hikmahnya.

Semuanya perlu kita hubungkan kembali dengan Allah, kehidupan kita, dan akhirat. maka kita akan melihat, memang benar, semua ini bukan sia-sia. Ada sebab kenapa Allah buat demikian kepada kita.

Ini pandangan seorang mukmin.

Sebab itu, orang mukmin memang manusia biasa yang imannya turut turun dan naik. Tetapi orang mukmin, apabila dia berada di bawah, dia tidak akan berlama-lamanya pada kerendahan keimanannya. Dia akan segera naik. Dan apabila dia naik, dia naik lebih tinggi dari sebelumnya.
Orang mukmin sentiasa bahagia dengan kepercayaan ini.

Jika tidak, Sumaiyah yang disula sudah pasti meraung-raung mencaci Allah ketika Abu Jahal hendak menyulanya. Jika tidak, Suhaib Ar-Rumy pasti sudah mencaci-caci Allah ketika dia terpaksa meninggalkan hartanya yang susah payah dikumpulkannya. Jika tidak, Bilal bin Rabah pasti sudah mencaci-caci Allah apabila dia diseret di tengah padang pasir yang panas dan dihempapkan batu di atasnya.

Tidakkah kita memerhatikan?

artikel dari langitilahi.com

Sunday, October 10, 2010

ALaNgkAh seDihNya MUHAMMAD saw kRNa uMaTnye..

 Alangkah sedihnya Muhammad SAW jike dia melihat nasib umatnye sekarang... Umatnya sekarang yg hidup dalam kegelapan ditipu dgn indahnya duniawi. Wahai umat Muhammad SAW, tidakkah kamu sayang kpda nabimu itu? Adakah kamu lupe satu waktu ketika Muhammad SAW menangis kerana sayangnya baginda kpda kalian? Muhammad yg mulia itu telah meminta kpda Allah, agar kalian tidak merasai betapa peritnya sakaratulmaut. Bahkan baginda meminta agar biarlah baginda yg menanggung sakitnya maut semua umatnya walhal baginda merasa perit & sakitnya maut. Tidakkah kalian sedar ini? Tidakkah kalian ingat betapa berat dan sukarnya baginda memikul bebanan ujian untuk menyampaikan islam ? Muhammad saw dipulau kaum keluargenya sendiri, baginda dicaci maki bahkan diancam untuk dibunuh jika terus mnyampaikan ajaran Islam. Pernah juga rumah insan yang paling mulia itu dilumuri dgn najis dek kerana sakit hati mereka kpda baginda. Betapa sedihnya baginda apabila terpakse meninggalkan tanah airnya sendiri demi menyelamatkan agama dan menyampaikan ajaran islam untuk kalian. Bagaimana boleh jika kalian tidak bersyukur dgn nikmat islam??? Islam yang kalian kecapi sekarang adalah kerana cekalnya hati Muhammad saw. Kerana sabarnya insan terpuji itun dan ikhlasnya baginda untuk menyampaikan kebenaran kepada kalian. Tapi mengapa kalian tidak mahu menghargai nikmat islam??? Butakah hati kalian?? Atau bodohkah kalian layaknya seekor keldai malas?? Atau mungkinkah dalam hati kalian masih ade keraguan dengan islam?? Adaka kalian telah lupe betapa jerit peritnya Muhammad, menitis air mata sucinya krna umat, tetapi adakah kalian menghargainya?? Ayuhlah umat islam,bangkit dari lalaimu. Jangn lagi tido seperti anjing kurap di jalanan. Bukelah mata kalian, umat islam kini ditindas, dibunuh dan dihina. Tidakkah kalian sedar ini?? Bukelah matamu umat islam, Yahudi dan nashoro tidak akan pernah senag melihat kalian, mereka akan terus  mencucuk kalian, mreka datangkan hiburan, utk melalaikan kalian, mereka ciptakan pakaian yg tidak menutup aurat agar kalian dapt bermaksiat. Terang BODOH lah yg membelinya,sambil kalian menguntungkan kafir laknatullah, kalian dimurkai Allah. Betapa hinanya kalian jika itu yg kalian lakukan. Tapi jika kalian bangkit & sedar, pasti YAHUDI tunduk kecewa, pasti Muhammad saw jika ade ketika ini akan gembira kerana masih kukuh iman umatnya, luhur budinya serta tinggi pekertinya. Dan tiadalah dapat kalian lakukan itu melainkan kalian berilmu, beramal dan ikhlas melakukan segalanya kerana Allah..

Monday, October 4, 2010

Amanat Terakhir Kekasih.....

 
Khutbah Wida adalah merupakan amanat terakhir yang disampaikan oleh nabi Muhammad SAW untuk pedoman umat manusia. Baginda Rasulullah SAW menyampaikannya pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah.

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji' sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.

Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."