Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua siswa siswi kaum Cina di KIST ini... Semoga tahun baru ini memberi cahaya dan peluang baru kepada anda semua... Didoakan kepada kita semua agar diberi hidayah dan petunjuk daripada tuhan di dalam setiap pekerjaan kita...
Penghayatan rukun Islam yang lima amat menguntungkan kesihatan. Sebagai contoh, di dalam konteks puasa, pada tahun 1984, Dr. Soliman dari Universiti Hospital di Amman telah melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 wanita yang berpuasa Ramadhan. Darah mereka diperiksa untuk mengenal pasti kadar cortisol, testosterone, sodium, potassium, urea, glucose, cholesterol dan asid lemak. Pada ketika yang sama, berat badan mereka ditimbang di awal dan akhir Ramadhan. Di Universiti Sains Perubatan Tehran pula, Dr. F. Azizi dan rakan-rakannya telah membuat kajian ke atas sembilan orang lelaki yang berpuasa Ramadhan. Pemeriksaan darah untuk mengukur kadar glucose, bilirubin, calcium, phosphorus, protein, albumin, follicle stimulating hormone, thyroid stimulating hormone, testosterone, prolactin, luteinizing hormone, thyroxine-4 dan thyroxine-3 telah dilakukan sebelum Ramadhan dan pada hari ke-10, ke-20 dan ke-29 Ramadhan, dan berat badan mereka ditimbang. Secara umumnya, kesihatan mereka didapati berada di tahap yang amat baik dan kadar kolesterol serta lemak mereka menurun.
Kajian-kajian ini menunjukkan, secara amnya, puasa di musim Ramadhan tidak memudaratkan kesihatan umat Islam. Malah ia memberi kesan yamg baik kepada metabolisme lemak sekali gus membantu mengawal berat badan seseorang. Puasa juga dapat meredakan tekanan ke atas jiwa seseorang kerana, di samping tidak makan, minum dan bersetubuh di siang hari, umat Islam digalakkan membaca Al-Quran, memperbanyakkan solat sunat, menjaga lidah dan banyak bersedekah. Amalan-amalan ini menguatkan dan mendamaikan hati.
Solat juga mempunyai kebaikan di sudut kesihatan. Ia adalah zikir yang yang paling utama bagi seseorang Muslim. Imam Abu Al-Aliyah berkata: “Solat mempunyai tiga keistimewaan, dan jika tidak ada keriga-tiga ini di dalam sesuatu solat, solat itu dianggap tidak berfaedah sama sekali. Keistimewaan-keistimewaan itu ialah ikhlas, khusyuk dan zikrullah”. Solat dipenuhi dengan zikir dan bacaan Al-Quran dan sehubungan dengan ini, Dr. Ahmed El-Kadi dari Klinik Akbar di Panama City, Florida, membuat satu kajian berhubung kesan mendengar Al-Quran ke atas fisiologi manusia. Di antara aspek fisiologi yang diambil kira di dalam kajian ini ialah, kadar denyutan jantung, tekanan darah serta tekanan ke atas saraf dan otot. Beliau mendapati, mereka yang mendengar Al-Quran, termasuk dari kalangan yang bukan Islam dan bukan Arab, mengalami perubahan fisiologi yang positif di dalam diri mereka.
Umat Islam juga diwajibkan berwudhuk (perform ablutions) sebelum bersolat dan bagi mereka yang berjunub, mandi wajib perlu mereka laksanakan sebelum bersolat. Amalan berwudhuk lima kali sehari mampu membersihkan anggota badan dari kotoran yang melekat padanya. Berhubung dengan mandi wajib selepas mengadakan hubungan seks, kesan positifnya kepada kesihatan tidak boleh disangkal lagi. Pakar-pakar perubatan dari Institut Teknologi Pengajian Kesihatan di Washington menyatakan, untuk mencegah dari penyakit jangkitan seksual (STD), kebersihan diri sebelum dan selepas mengadakan hubungan seks, seperti segera membasuh anggota sulit selepas mengadakan persetubuhan adalah penting. Malah pakar-pakar dari institut ini juga menggalakkan seseorang mandi secara sempurna selepas mengadakan hubungan seks sebagai langkah pencegahan dari penyakit-penyakit ini. Semua ini sebenarnya telah diajar oleh Islam kepada umatnya 1430 tahun dahulu.
Ketika melakukan solat, umat Islam wajib sujud dengan meninggikan punggung dan meletakkan dahi serta kepala mereka ke bumi. Mengikut kajian, kedudukan ini, jika dilakukan dari masa ke semasa, amat baik untuk kecergasan otak. Mereka yang sering melakukan yoga amat menyedari hakikat ini kerana salah satu senaman yoga yang popular ialah Adha Mukha Syanasana. Kedudukan yoga ini ialah meninggikan punggung dan merendahkan kepala ke bumi. Mengikut Dr. Roger Cole, seorang pakar di dalam bidang fisiologi dan pusingan biologi dan juga guru Yoga Ivengar yang bertauliah, “kedudukan ini amat baik untuk kesegaran badan di samping mampu meredakan tekanan, mengukuhkan otot-otot, menghilangkan sakit belakang dan pening kepala serta mengawal penyakit darah tinggi, asma, sakit saraf dan resdung”.
Sebenarnya otak manusia menggunakan 25% dari oksigen yang terdapat di dalam badan walaupun beratnya hanya 3% dari keseluruhan berat badan. Di dalam keadaan biasa sebahagian sel-sel otak tidak mendapat keperluan oksigen yang diperlukan kerana jantung terpaska mengepam darah ke atas sekali gus melawan tekanan graviti. Ketika sujud, darah akan turun ke otak dengan mudah dibantu oleh tekanan graviti, dan dengan itu menambahkan bekalan oksigen ke otak. Di dalam keadaan ini, otak manusia menjadi semakin cergas dan fokusnya semakin mantap. Peter Russell di dalam bukunya The Brain Book berpendapat: “Otak manusia beroperasi 7% lebih cepat dan 14% lebih tepat di dalam keadaan kepala mereka di bawah (inverted)”. Penemuan-penemuan positif yang saintifik berhubung dengan kebaikan merendahkan kepala di bawah telah meransang satu sistem rawatan baru pada hari ini yang dikenali sebagai inversion therapy. Dengan menggunakan alat-alat tertentu, seseorang dibalikkan dari atas ke bawah bertujuan untuk mengalirkan darah dari kaki ke kepala dengan bantuan tekanan graviti, semata-mata untuk menjaga kesihatan diri.
Sujud umat Islam yang dilakukan paling kurang 34 kali sehari semalam melalui solat fardhu, tidak memerlukan sebarang alat dan mesin. Ia merupakan pendekatan yang amat sederhana yang mampu dilakukan oleh semua orang, tidak kira yang tua atau muda, dan kesannya kepada kesihatan tidak dapat disangkal lagi. Solat mengandungi banyak rahsia dan kebaikan yang baru difahami pada hari ini, justeru beruntunglah mereka yang sentiasa melakukan solat semata-mata untuk mencari keredhaan Ilahi….wallahu’alam.
Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA - Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA - Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEEMPAT - Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
BARISAN KELIMA - Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEENAM - Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan."Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETUJUH - Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN - Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEMBILAN - Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh."Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH - Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEBELAS - Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS - Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."