Salam Rejab.
Siswa siswi yang dirahmati Allah..
Dulu kini dan selamanya marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT di atas nikmat iman dan islam yang kita anuti sekarang ini, kerana dengan nikmat inilah manusia diangkat menjadi hamba Allah dan juga khalifah di muka bumi ini untuk mentadbir bumi yang fana ini.
Pada Mei dan Jun ini, dunia sedang dikejutkan dengan satu serangan wabak penyakit berjangkit yang sangat berbahaya iaitu wabak E.Coli O104:H4. Ia dicirikan dengan cirit birit dan muntah-muntah.
Wabak ini telah bermula di Jerman pada Mei 2011. Ia dikatakan bermula apabila beberapa orang mangsa wabak ini telah jatuh sakit (di JERMAN) menyebabkan satu keadaan hemolytic-uremic syndrome (HUS). HUS menyebabkan gangguan pada buah pinggang dan ianya adalah penyakit kecemasan yang perlu dirawat dengan segera.
E.Coli ini sebenarnya satu bakteria yang baik, dan ianya dikenali sebagai bakteria flora normal dan ianya berada di dalam usus haiwan dan manusia. Sebagai flora normal, E. coli membantu menghalang penempatan organisme patogen yang menyebabkan penyakit. Ia juga membantu menghasilkan vitamin K dan B Kompleks yang diperlukan oleh tubuh.
Namun, dalam kebaikan pasti ada kelemahan. Dengan takdir Allah, bakteria yang berinteraksi dengan tidak `kena pada tempatnya', ianya boleh memudaratkan, sekali gus menyebabkan jangkitan penyakit.
Inilah sebenarnya yang terjadi. Wabak E.Coli O104:H4 yang melanda hampir 12 buah negara sekarang dan semakin berbahaya kerana boleh berjangkit antara manusia. Pendedahan itu dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas bakteria itu dikesan di Amerika Syarikat, Republik Czech, Perancis, Jerman, Austria, Denmark, Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Switzerland dan Britain. Lebih 1700 kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia sejak kes pertama dilaporkan di Jerman dengan 18 maut setakat ini.
bakteria e.coli |
PENGAJARAN
1- Ini salah satu amaran Allah, mungkin wabak ini jauh dengan kita, dan ini jugalah namanya ujian bagi kita. Kita diuji dengan kesenangan. Bersyukurlah!!
2- Kita berada di Malaysia atau tempat yang masih belum / (akan?) diserang wabak ini. Tidak mustahil, jika Allah Maha Kuasa ingin membawa wabak ini terus ke Negara kita, dengan mudahnya, ke mana lagi kita mahu lari?? Bersedialah!!
3- Bilakah giliran kita? Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian.. Manusia yang bijaksana ialah manusia yang sentiasa mengingati mati. Bertaubatlah!!
Wallahua’lam.
Sumber : Berita Harian, Wikipedia
No comments:
Post a Comment