Facebook

Thursday, January 27, 2011

Amar Makruf Nahi Munkar (DAKWAH)

Amar Ma’ruf dan Nahyu Anil Mungkar adalah amalan yang terpuji yang banyak disebut oleh Allah swt di dalam Al-Quran. Antaranya Allah swt menyatakan umat yang melakukan amal ma’ruf ini adalah umat yang berjaya(al-muflihun) dan umat yang lebih daripada umat yang lain, firman Allah swt :



“ Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang beruntung(Ali Imran 104 ). 

“ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik “( Ali Imran :110 )



Di dalam hadith Rasulullah Saw beliau menditilkan bagaimana makanisma yang perlu diambil untuk mencegah kemungkaran. Di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanad Abi Sa’id Al-Khudry ra. ia berkata, Rasulullah saw bersabda: ertinya:



siapapun di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah kemungkaran tersebut dengan tangan, jika tidak sanggup mengubah dengan tangannya, hendaklah dia mengubah dengan lidah dan jika masih tidak sanggup, hendaklah ia mengubah dengan hati. Dan itulah iman yang paling lemah. (HR Imam Muslim)



di dalam hadith ini, Nabi menyatakan bahawa mencegah kemungkaran dengan tangan (kekuatan), lidah dan hati merupakan satu kewajiban. Ini kerana sesiapa yang redha dengan kemungkaran yang dilakukan, ia juga tidak terlepas daripada dosa.



Peringkat yang paling tinggi di dalam mengubah kemungkaran ialah dengan tangan/kuasa manakala yang paling rendah ialah dengan hati. Inilah yang dikatakan mencegah kemungkaran yang sebenar. Akhir-akhir ini kita dapati ramai orang tidak suka mencegah kemungkaran dan mengelak dengan berbagai alasan. Antaranya ada beralasan seperti “ buat apa kita jaga tepi kain orang” atau “dia sudah dewasa boleh berfikir tak perlu lagi kita tegur”.
Istilah-istilah seperti ini sebenarnya salah dan jauh dari kebenaran. Sikap seperti ini juga boleh dikatakan sebagai sikap “ nafsi-nafsi atau individualistik” yang berpunca daripada kejahilan diri sendiri terhadap syariat dan pengaruh luar, jika diibaratkan seperti kain buruk yang dilemparkan ke dalam masyarakat kita tetapi dengan secara tidak sedar kita memakainya.

Amirul Mu’minin Umar Al-Khattab pada saat dia menjadi khalifah dia mengharapkan teguran daripada rakyatnya semasa dia berkhutbah. Ini kerana ia mengaku bahawa dirinya adalah manusia yang tidak terlepas daripada dosa dan silap. Sikap individualistik ini perlu dibuang kerana dibimbangi kita tidak akan termasuk walaupun dikalangn mereka yang selemah-lemah iman.


Dakwah Menyeru Kepada Iman

Allah swt menyuruh untuk kita beriman kepadanya. Agama bukan semata-mata menekankan aspek teknologi dan sains seperti yang difahami sebahagian orang. mereka mengganggap bahawa agama datang untuk membangunkan tamaddun dan kemajuan sains dan teknologi semata –mata, seolah-olah ianya sebagai matlmat di dalam beragama. Memang betul ia adalah keperluan di dalam Islam sendiri bahkan menjadi kewajiban fardhu kifayah bagi umat Islam untuk membangunkan unsur kekuatan tersebut. Kita juga dituntut untuk bersedia menghadapi musuh, sebagaimana yang difahami daripada firman Allah yang bererti :


Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).( Al Anfaal 8; 60)


Allah menyuruh supaya kita bersedia dengan kelengkapan perang yang hebat, yang boleh menggentarkan musuh . Di sini Allah juga mengisyaratkan kuda, maksudnya ialah senjata yang paling canggih itu apa? sekarang ini mungkin boleh dikatakan seperti bom nuklear, roket , jet perang, dan sebagainya, yang dapat menggerunkan musuh-musuh Islam. Kelengkapan-kelengkapan ini tidak boleh dibangunkan dengan sempurna tanpa adanya kemajuan sains dan teknologi.


Namun ia bukanlah segala-galanya, sains dan teknologi merupakan wasilah (perantara) untuk kesiapan bagi kesempurnaan untuk memelihara ajaran Islam dan Iman dari serangan musuh. Ia juga bertujuan untuk memberi kemaslahatan kepada umat Islam, menjaga maqasidul Syariah, bertujuan membalas kejahatan musuh-musuh Islam dan menimbulkan rasa takut, sehingga hal dapat menghalangi musuh untuk melakukan peperangan dan serangan .


Tamaddun, sains dan teknologi bukan segala-galanya jika tidak didasari dengan keimanan. Buktinya Allah swt telah menghancurkan kaum Add, Samud, Saba dan firaun. Mereka mempunyai tamaddun yang tinggi dan teknologi yang hebat namun dibinasakan disebabkan mereka melanggar perintah dan tidak beriman. Al-Qur'an secara khusus menarik perhatian kita terhadap kenyataan bahwa sebagian besar dari umat terdahulu yang dihancurkan ketika mereka memiliki tingkat peradaban yang tinggi. Di dalam Al Qur'an, sifat-sifat dari kaum-kaum yang dihancurkan sebagaimana berikut:


Dan berapa banyakkah umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka yang mereka itu lebih besar kekuatannya daripada mereka ini, maka mereka (yang telah dibinasakan itu) telah pernah menjajah di beberapa negeri. Adakah (mereka) mendapat tempat lari (dari kebinasaan)?.(QS Qaf 36).


Dalam ayat tersebut, sifat dari kaum yang telah dihancurkan atau dibinasakan, adalah mereka yang " besar kekuatannya". Hal ini bermaksud masyarakat-masyarakat yang telah dibinasakan tersebut telah berada dalam suatu tingkat kedisiplinan dan sistem birokrasi militer yang kuat sehingga mereka dapat menjajah negara2 lain, akan tetapi kerana tidak taat kepada Allah dan beriman mereka dibinasakan... Wallahu a'lam



Oleh : Ahmad Syahin bin Mohd Amin

Medan, 20.10.2010

No comments: