Facebook

Tuesday, November 24, 2009

BERKAT MEMBACA BASMALAH

Pada suatu masa, ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik

dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa
membaca kalimah Bismalah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu
sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa
memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak,
"Asyik-asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan
hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa
dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada

isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempa
t yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan
beg duit tersebut ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya.
Dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu lalu membukanya
dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T
. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada
suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada
isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca
Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
 
Oleh itu, sebagai pelajar Muslim kita mestilah mengambil pengajaran daripada cerita ini dan

amalkannya. Membaca Basmalah sebelum memulakan sesuatu pekerjaan dan akhirkannya
dengan kalimah Alhamdulillah… Semoga kita mendapat berkat dan redha daripada Allah SWT
di dalam setiap perbuatan dan pekerjaan kita…. InsyaALLAH….

No comments: