Amar makruf nahimungkar..satu ungkapan yang biasa dan lembut meniti bibir-bibir pejuang Islam dan juga mereka yang menyedari tuntutannya kepada diri setiap muslim. Perintah dari Rasulullah dan suruhan daripada Yang Esa terhadap perkara tersebut kerap ditekankan dan diulang-ulang sebagai peringatan. Dalam hadis yang agak masyhur berkisar tentang amarmakruf dan nahimungkar ini ialah hadis yang menerangkan tatacara membendung dan mencegah perbuatan mungkar yang berlaku di hadapan mata seseorang : " sesiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangannya (yakni kekuasaan@pangkat yang dia ada), jika sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, jika tidak mampu maka dengan hatinya, demikian itu merupakan selemah-lemah iman".
Mengubah kemungkaran bukan sesuatu perkara yang senang dan juga perkara yang terlalu susah tetapi ukuran tersebut perlu juga dinilai dari sudut peribadi dan keadaan bagi orang yang diuji untuk mengubah sesuatu kemungkaran. Sesuai juga dengan saranan dan tunjuk ajar Al-Quran dalam memberi peneguran iaiu dengan bentuk yang hikmah. Jangan disalah ertikan atau disenpitkan skop 'hikmah' yang disarankan itu. Ramai yang memahami hikmah itu dengan cara yang lembut dan sopan santun sahaja. Bayangkan jika anda melihat seseorang yang minum arak di hadapan anda, maka anda menegurnya dengan cara yang baik dan lembut tetapi dibalas dengan cacian dan tohmahan. Sehinggakan dilihat umpama arak itu teman akrab dalam kehidupannya yang tiada siapa boleh memisahkan mereka walaupun agama. Adakah anda masih dengan cara yang lembut menegurnya sedangkan telah dicuba dengan berkali-kali?.....
Konsep "hikmah'dan skopnya agak luas dan dinilai berdasarkan waqi' (situasi semasa)untuk dipraktikkan. Kitaran hidup ini berkisar dengan pergaulan dan muamalah sesama insan samada muslim atau non-muslim. Makanya junjunagan besar Rasulullah menunjukkan cara yang terbaik untuk bersosial dengan segenap lapisan dan jenis manusia. Lihat pada satu hadis yang menarik untuk diamalkan " seorang muslim berasa selamat dengan muslim yang lain melalui lisannya dan tangannya". Bagaimana tutur bicara yang dilontar dapat menjaga hati seorang muslim yang lain dan bagaimana peristiwa yang selalu didengar berkenaan sosial Rasulullah bersama dengan golongan non-musllim. Islam tidak menyuruh kita mengherdik mereka apatah lagi merampas harta mereka denghan sewenang-wenangnya. Bahkan mereka mempunyai hak untuk kita tunaikan seperti dalam konteks berjiran. Islam menitik beratkan jiran yang mendiami sekitar rumah kita. Jika jiran tersebut bukan Islam sekalipun, mereka tetap wajib menunaikan hak terhadap mereka sebagai seorang jiran. Sosial dan pergaulan Rasulullah bersama dengan golongan bukan Islam menarik minat mereka terhadap Islam lantaran keistimewaan dan hak yang diberikan kepada mereka. Lantaran mengajak ke arah kabaikan dan mencegah kemungkaran, seseorang itu perlu mempersiapkan diri dengan perbagai ciri-ciri yang penting. Bukan apabila disebut istilah dai'e, kita hanya melihat kepada golongan agama semata-mata. Allah telah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi dan dalam masa yang sama berperanan sebagai dai'e, pengajak ke arah kebaikan dan pencegah kemaksiatan. Dengan ini akan terlaksana tugasan sebagai khalifah dengan makmurnya muka bumi Allah.
CIRI-CIRI AKHLAK DAI’ YANG SEBENAR
1. BENAR
2. SABAR
3. KASIHAN BELAS
4. MERENDAH DIRI
5. PERSAUDARAAN KERANA ALLAH
6. MALU
7. MENJAUHKAN DIRI DARIPADA PERKARA HARAM DAN SYUBHAT
8. MENUNDUKKAN PANDANGAN
9. MENJAGA LIDAH
10. MUHASABAH DAN MURAQABAH
SERANGAN MUSUH TERHADAP PEMUDA/DI ISLAM DI MALAYSIA
Dekad 20 an ini kita menyaksikan kehancuran demi kehancuran sistem sosial di kalangan anak-anak remaja di Malaysia, perhati sahajalah kepada situasi semasa di sekeliling keluarga atau jiran tetangga sudah pasti masalah yang berterusan melanda dalam keluarga tersebut, jarang sekali di ketika ini sesebuah keluarga itu tidak menghadapi masalah. Jelasnya, kita dapat simpulkan permasalahan ini kepada luaran terlebih dahulu iaitu serangan yang bertubi-tubi musuh Islam kepada umat Islam, antaranya:
1) Memasuk dan meramaikan bilangan penyanyi dan pemuzik di kalangan anak muda-mudi
2) Menambah tempat-tempat hiburan dan menaja konsert-konsert tertentu
3) Menghadkan peruntukan kepada program-program agama
4) Sukatan pelajaran agama dipersempitkan, manakala sukatan pelajaran yang lain diberi keutamaan
5) Membenarkan missionari-missionari kristian melebarkan pengaruh
6) Memecahkan perpaduan umat Islam kepada beberapa kumpulan (berbilang-bilang jemaah)
CABARAN PEMUDA PEMUDI ISLAM
Para pemuda dan pemudi kini menghadapi cabaran daripada pelbagai sudut yang berbeza dan ini memerlukan pengorbanan dan kesungguhan dalam menghadapinya melalui usaha, doa dan tawakkal kepada Allah. Antara mereka yang tergolong sebagai mereka yang member cabaran kepada pemuda/di kini ialah:
1. Diri sendiri. 3. Sahabat handai.
2. Masyarakat. 4. Keluarga
Maka seorang dai'e perlu memastikan dirinya dipersiapkan sebaik mungkin dalam melaksanakan amarmakruf nahimungkar, kerana mana mungkin seorang yang lemah mampu mengajar orang lain menjadi kuat melainkan dia sendiri kuat dan mempunyai jatidiri tersendiri. Sesuai dengan Firman Allah Taala yang bermaksud: "dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki...."
Wednesday, October 7, 2009
Monday, October 5, 2009
10 PESANAN IMAM SHAFIE
Sebelum Imam Shasie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut :
" Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
1. Hak kepada diri : mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada malaikat maut : mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.
3. Hak kepada kubur : membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
5. Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.
6. Hak kepada sirat (titian yang merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
7. Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara sembunyi dan memperelokkan akhlak.
8. Hak kepada Ridhzuan (malaiakt penjaga syurga): merasa redha kepada qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9. Hak kepada Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada ALLAH SWT.
10. Hak kepada ALLAH SWT : mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
" Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
1. Hak kepada diri : mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada malaikat maut : mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.
3. Hak kepada kubur : membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
5. Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.
6. Hak kepada sirat (titian yang merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
7. Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara sembunyi dan memperelokkan akhlak.
8. Hak kepada Ridhzuan (malaiakt penjaga syurga): merasa redha kepada qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9. Hak kepada Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada ALLAH SWT.
10. Hak kepada ALLAH SWT : mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Tuesday, September 29, 2009
Kata-kata Al-Imam Al-Kubra As-Syafie RA
Imam Syafie Radhiyallahu 'anhu berkata:
- Tidak layak bagi orang yang memiliki akal fikiran yang bijak dan adab yang tinggi duduk di kampungnya, pergilah berlayar untuk menuntut ilmu.
- Berlayarlah, maka dengan cara itu engkau akan mendapat ganti atas apa yang telah kau tinggalkan, dan bersusah payahlah kerana kesenangan hidup itu akan dikecapi selepas kita bersusah payah pada mulanya.
- Aku melihat air akan menjadi rosak jika dia tidak mengalir, apabila dia bergerak dia akan menjadi bersih dan jika sebaliknya dia akan berbau busuk.
- Dan singa kalaulah dia tidak keluar dari hutan dia tidak akan mendapatkan mangsanya, dan anak panah jika dia tidak lepas dari busarnya pasti tidak akan tepat sasarannya.
- Dan matahari jika kekal di tempat yang sama pasti akan menjadikan manusia dari orang ajam dan arab menjadi bosan.
- Dan bulan purnama jika dia tidak hilang pasti tidak akan dinantikan oleh orang yang menantikannya.
- Bijih emas atau perak ia dianggap sebagai tanah biasa dibiarkan bertempiaran di tanah, dan kayu cendana itu jika ia masih di hutan masih dianggap seperti kayu biasa.
- Jika dia berpisah dari kediamannya akan menjadi kuat permintaannya dan jika dia berlayar dia akan menjadi mahal seperti emas.
Beliau berkata lagi:
Wahai saudaraku! Kamu tidak akan mendapat ilmu kecuali dengan enam perkara, aku akan memberitahukan kepada kamu perkara itu dengan sejelas-jelasnya.
- Ianya adalah memiliki otak yang boleh belajar
- mengutamakan ilmu dari yang lain
- berusaha sedaya upaya
- harta yang memadai
- berdamping dengan guru
- dan akhir sekali menuntutnya sampai bila-bila.
Monday, September 28, 2009
9 HADIAH UNTUK ORANG BERTAQWA

EDISI 2
Kehidupan orang-orang beriman dan bertaqwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah SWT telah menjanjikan pelbagai hadiah dan keistimewaan bagi orang-orang bertaqwa; sebagaimana digambarkan-Nya di dalam Al-Quran :
1. Sentiasa mendapat petunjuk : “Mereka itulah ( orang-orang yang bertakwa ) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung”
( Al-Baqarah: 5 )
2. Diberi penyelesaian daripada masalah : “Dan sesisapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan diberi kepadanya jalan keluar”. ( At-Thalaq: 2 )
3. Dipermudah segala urusan : “Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan beginya swegala urusannya”. ( At-Thalaq : 4 )
4. Mendapat rezeki dari sumber yang tidak terduga : “ Dan memberinya ( orang bertakwa ) rezeki dari sumber yang tidak terduga” ( At-Thalaq : 3 )
5. Dikasihi Allah ( dengan itu akan dikasihi malaikat dan manusia ) : “ Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa”. ( Ali Imran : 76 )
6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi: “Jika seluruh penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi”. ( Al A`raf : 96 )
7. Mendapat keselamatan dan perlindungan dari Allah : “Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertakwa”. ( Al Fussilat : 18 ) “….dan bertakwalah kepadaAllah dan ketahuilah Allah bersama ( menolong dan melindungi ) orang-orang yang bertakwa” . ( Al-Baqarah : 194 )
8. Mendapat kemenangan “Sesungguhnya orang-orang bertakwa mendapat kemenangan”. ( An Naba` : 120 )
9. Diberikan Furqan ( petunjuk untuk membezakan yang benar dan yang salah ) : “Jika kamu bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan kepada kamu Furqan”.
( AlAnfal : 29 )
Subscribe to:
Posts (Atom)