Salam Ukhuwah Siswa & Siswi sekalian..
Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T, masih bernafas untuk kita bersama-sama memperbaiki amalan kita semata-mata kerana Allah S.W.T. Tidaklah kita berbuat sesuatu kebaikan itu melainkan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah S.W.T dan kasih sayangnya. Semoga kita merupakan dikalangan orang-orang yang sedemikian, InsyaAllah....
Pihak Badan Dakwah & Masjid KIST (BDMKIST) ingin mengucapkan Salam Ma'al Hijrah 1433H kepada Siswa & Siswi sekalian walaupun kita hampir berganjak ke Bulan Safar. Semoga dengan peluang yang telah diberikan oleh Allah S.W.T pada tahun baru ini dapat digunakan dengan sebaiknya untuk mengaut segala kebajikan & keuntungan pahala yang berlipat kali ganda.
Pada halaman kali ini, pihak Badan Dakwah & Masjid KIST (BDMKIST) ingin mengajak Siswa & Siswi untuk berhibur sebentar (bersama Kit Kat) sambil merehatkan minda yang tertekan disebabkan peperiksaan mahupun tekanan perasaan dan tekanan belajar. Diharapkan selingan ini mampu untuk mengubat & menjadi penawar segala masalah yang melanda, ameeen Ya Allah...
Sunday, December 25, 2011
Thursday, October 20, 2011
KURSUS PENYEMBELIHAN SYARAK 1432H
Salam Ukhuwah Siswa & Siswi Sekalian...
Alhamdulillah, dengan izin & rahmat daripada Allah S.W.T, sebuah program ilmiah anjuran Badan Dakwah & Masjid KIST (BDMKIST) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar KIST (MPPKIST) telah diadakan pada 28 Julai 2011 bertempat di Masjid Ibnu Sina Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) Bachok, bertemakan "HALALAN TOYYIBAN TANGGUNGJAWAB UMMAH". Diantara objektif program ini diadakan ialah:
· Memupuk kesedaran dan sensitiviti umat Islam khususnya dikalangan mahasiswa/I tentang isu halal dan haram dalam makanan
· Melatih mahasiswa/I teknik penyembelihan mengikut syarak secara amali
· Mengeratkan ukhuwah dalam perkongsian ilmu dikalangan mahasiswa/I
Program bermula seawal pukul 9 pagi dengan pendaftaran para peserta dari kalangan siswa & siswi. Setelah tamat sesi taklimat mengenai program, program dimulakan dengan bengkel 1 dan 2 iaitu “PEMAKANAN & KESIHATAN DARI ASPEK KEHIDUPAN” dan “TEORI PENYEMBELIHAN” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd. Fadhil B. Mohd. Nor, tenaga pengajar di SMU(A) NURUL ITTIFAK, K.G NERING.
Selesai sesi bengkel, semua VIP dan peserta menjamu selera selepas solat Zohor. Jamuan tengahari agak unik di mana para peserta & VIP duduk bersama makan di dalam talam dengan hidangan ala-ala kampung. Sesi bengkel 3, iaitu “AMALI PENYEMBELIHAN”dimulakan dengan sesi penerangan oleh Yang Berbahagia Ustaz. Selepas itu, amali penyembelihan dimulakan. Semua peserta merasai pengalaman yang amat bermakna dalam hidup apabila diberi peluang untuk menyembelih sendiri binatang sembelihan, iaitu burung puyuh. Pelbagai ragam dan aksi peserta dapat disaksikan ketika menyembelih. Tamat acara penyembelihan, para peserta bergotong-royong melapah bulu burung puyuh bagi bersiap-sedia untuk dimasak.
Bagi mengisi masa renggang sementara menunggu burung puyuh dimasak, aktiviti riadhah dirancang di mana peserta lelaki bermain futsal manakala peserta perempuan bermain bola tampar. Penat beriadhah, akhirnya makanan siap dihidangkan. Program berakhir sekitar pukul 6.30 petang. para peserta telah mendapat sebuah pengalaman & ilmu yang sangat berharga yang akan digunakan untuk diri sendiri dan disampaikan kepada orang lain untuk pembangunan ummah, INSYAALLAH.....
Gambar sepanjang program:
Sesi Pendaftaran
Sesi Taklimat & Bengkel
Jamuan & Makan Tengahari
Amali Penyembelihan
Friday, September 23, 2011
MINAL AIDIL WAL FAIZIN
Salam Ukhuwah Siswa & Siswi sekalian...
Masih belum terlambat lagi untuk kami daripada BDMKIST mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN. Bersempena bulan yang mulia ini, kami ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat salah & silap kami serta sikap & akhlak yang kurang disenangi sepanjang kami bersama siswa & siswi sekalian dalam memartabatkan dakwah Islamiyyah di kolej kita yang tercinta ini. Kami juga memohon agar dihalalkan segala benda samada yang sengaja ataupun tidak sengaja mengambil benda yang sememangnya bukan hak kami. Semoga dengan kedatangan Bulan Syawal ini dapat mengeratkan jalinan ukhuwah sesama kita, wallahua'lam...
Saturday, August 20, 2011
MARHABAN YA RAMADHAN..!!!
Salam ukhuwah Siswa & Siswi sekalian...
Marilah kita tingkatkan keimanan & ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T sempena bulan ibadah yang penuh barakah ini, iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Rebutlah peluang untuk meraih rahmat & kasih sayang-Nya selagi masih diberi kesempatan dengan umur yang masih berbaki ini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu dan digantikan dengan hidayah serta ganjaran pahala berlipat kali ganda. Perkenankanlah permintaan hamba-hambamu yang lemah ini Ya Allah, Amin Ya Rabbal A'lamin......
Subscribe to:
Posts (Atom)